November 28, 2011
Kita kan Kawan
Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia kan ?
Boleh berkawan waktu aku susah dan senang,
Di waktu aku dukacita dan gembira,
Di waktu aku buntu fikiran kawanlah yang memberi pandangan,
Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta, kerana faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta
Waktu sakit diziarahi
Di waktu mendapat nikmat, dia melahirkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya
Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga
Ia merasakan maruah diri sendiri juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah bertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya
Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat
Mengutamakan kawan dari dirinya
Selepas mati keluarganya tetap dihubungi
Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung
Susah payah keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong
Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini?
Macam yang aku cakapkan tadi ..
*Sahabat.. ialah seseorang yang mengenal erti LAMA. Yang datang dan takkan pergi. Susah senang sanggup bersama. Aku harap sangat korang macam yang aku sangka. Whatever it is, thanks a lot sebab sudi berkawan dengan aku. Aku sayang korang sangat sangat. Please be my best friend for ever (Y)
ILOVEYOU BUDDY :D
