You don't need me
Stop holding on the way you are
Don't you know I'm no good for you
And it'll only break your heart
Let me go
Stop holding on the way you are
Don't you know I'm no good for you
And it'll only break your heart
Let me go
Penat sangat berharap dengan orang yang selama ni tak perlukan aku. Hanya menjalankan tanggungjawapnya kerana ada orang yang menjadikan alasan sudah berkeluarga dan tidak perlukan aku lagi. Manusiaaa.. kalau dah ada sesuatu yang baru dalam hidup mereka, yang lama senang sahaja dijadikan bahan cerita. Dugaan ? Tidak ada apa yang ada dengan dugaan, semuanya mengarut! Takdir ? Sekadar dijadikan alasan untuk menabahkan hati yang tersangatlah tidak kuat. Lumrah manusia tetapi tak sanggup hendak menjalani detik detik pahit kehidupan. Perasaan dengki yang sentiasa menguasai seseorang ini sangat buat aku hidup dengan tidak selesa dan harus berpura pura supaya aku boleh menjaga hatinya.. Bila aku buat sesuatu yang tak diiginni, hanya mampu berdiam diri dari mengelakkan dari menjadi anak derhaka, Tapi sampai bila? Harus memendam? Tak sanggup aku hendak melakukan itu sekali lagi dalam hidup aku hanya kerana Engkau sedang bersikap tidak adil dengan aku! Aku akan melawan sedaya aku selagi aku termampu, aku takkan bagi muka kalau kau bersikap tidak adil lagi dalam hidup aku.
Aku benci kau! Aku benci kau! Aku benci kau!
Takkan ada lagi namamu dalam hidup dan fikiranku. Teruskan usaha mu untuk bersikap tidak adil. Yang pasti akan aku tuntut mu di akhirat kelak. Jadikan aku orang yang sangat tidak berguna, tetapi syukur ramai orang yang sanggup mengajar aku tentang kuatkan tiang agama ku sehingga kan aku sanggup bersabar lagi dengan semua yang berlaku. Orang yang kuat di dunia ini ialah orang yang mampu menahan rasa marahnya. Apa yang pasti, engkau sedang tersepit antara banyak keadaan. Mampukah engkau memilih antara satu dalam hidup kau untuk menjamin engkau ke syurga Allah? Sedangkan aku sendiri berbelah bahagi, apa lagi engkau wahai hamba Allah. Aku terpaksa bergantung harapan dengan orang yang langsung tiada kena mengena dengan aku hanya untuk melepaskan rasa sakit dan pedih yang ada dalam hati ini. Tidak berguna langsung ada engkau di dalam hati ini. Tempat yang sangat aku perlukan dalam dakapan aku. Aku ingin mengampun kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki jika selama ini aku hanya membebankan engkau. Tolong halalkan semua yang pernah engkau beri dan sekarang sudah menjadi darah daging ku.. Aku mengundurkan diri dari kehidupan Engkau, Engkau dan Engkau. Hati ni sudah tawar, Tolong jangan cari saya kalau ada apa apa berlaku nanti. Jagakan dia untuk saya sesungguhnya dia sahaja tempat saya bergantung dan meluahkan perasaan.
Let me go, you ever need me ..
Let me go, you ever need me ..
GoodBye my ex,heart.