June 3, 2011

STRESS ?
ish ish.. mesti banyak masalah kan korangg? lagi lagi time kat sekolahh or time time nak ambil exam.. errr study study study. boleh pecahh kepale! tak baik tau untuk kesihatan, so better kite try release nak ? jumm jumm ushaa -->>

*****

1.Buatlah persiapan awal dalam menghadapi peperiksaan seperti menghabiskan sukatan pelajaran, mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi.

2.Korang mestilah mampu mengawal mental dan emosi kesan stress tersebut agar tidak menjejaskan fokus pembelajaran korang yang berkemungkinan boleh menyebabkan kesan negatif seperti..blank, lupa, gementar yang keterlaluan dan sebagainya.Jika perlu mintalah nasihat kawan-kawan, guru-guru, kaunselor sekolah dan sebagainya.

3.Sekiranya korang mengalami tahap stress yang teruk seperti menghadapi masalah sukar untuk tidur, tidak berselera untuk makan, fikiran tidak tenteram dan sebaginya akibat terlalu memikirkan masalah pembelajaran dan peperiksaan yang akan korang hadapi maka cepet-cepatlah mengambil tindakan yang sepatutnya sebagaimana yang di nyatakan di atas.

4.Biasanya apabila tamat satu-satu kertas peperiksaan dan kebetulan anda tidak dapat menjawab dengan baik maka...janganlah terlalu memikirkannya agar tidak menjejaskan kertas-kertas peperiksaan berikutnya.

5.Bagi memantapkan aspek kerohanian dan mentaliti korang dalam menghadapi peperiksaan maka ...ada baiknya korang membanyakkan DOA dan SEMBAHYANG korang memohonan ketenangan dan ketajaman pemikiran dalam menghadapi peperiksaan.

6.Walau pun dalam menghadapi stress peperiksaan korang dinasihatkan agar menjaga aspek pemakanan korang kerana kegagalan anda berbuat demikian berkemungkinan akan menambah kesan stress tersebut kepada korang.

7.Korang juga diingatkan agar menjaga kesihatan korang, supaya kesan stress tersebut dapat diminimumkan.

8.Sekiranya korang menghadapi stress yang teruk ketika menduduki peperiksaan, korang bolelah keluar sekejap (jika perlu) untuk mencuci muka, meminum air, dan sebagainya.

Kepada para pembaca dan bloggers yang dihormati,

korang jugak boleh lah cuba tips nii . manelah tahu berkesan, dan terLULUS pulak kan ? Alhamdulillahh.
Selamat Mencuba :DD